Perniagaan Online VS Perniagaan Offline

Posted by Zikri Husaini on Friday, June 10, 2011

Dari sudut bentuk perniagaan, perniagaan offline dan online sama sahaja. Ada peniaga yang menjual produk, memberikan perkhidmatan (service) , MLM, insuran, pinjaman, pelaburan dan lain-lain lagi. Yang menjadi perbezaannya adalah perniagaan offline dijalankan di dunia yang nyata manakala perniagaan online dijalankan di dunia maya / siber.

Namun, terdapat sedikit sebanyak perbezaan di antara kedua-dua perniagaan ini. Di antaranya ialah:


1.Premis
Perniagaan offline: Anda perlu ada premis perniagaan dan tentunya jika anda menyewa kedai, kos bulanan perlu ditanggung di antara RM300 - RM1000 SEBULAN bergantung pada lokasi.Malah ada lagi tinggi dari kos sewa itu. Nak-nak lagi tempat yang strategik.

Perniagaan online: Anda hanya perlu mendaftarkan domain & webhosting berharga dalam lingkungan RM200 - RM250 SETAHUN. Walaubagaimanapun, ada juga penyedia webhosting yang menawarkan webhosting percuma. Anda juga boleh memilih blog percuma sebagai 'kedai' maya anda. Kalau nak puas hati berbayar lah. Sekarang nih dah murah dalam bawah seratus pun dah dapat dalam rm80-100.

2.Lokasi
Perniagaan offline: Statik. Anda tidak boleh bawa kedai anda ke mana saja anda pergi. Lazimnya, anda perlu menjalankan perniagaan ini secara sepenuh masa. Melainkan kedai yang boleh bergerak macam stall burger, ice blended. Cuma penat sikit nak bawak-bawak sana-sini. Minyak lagi. Hadoi

Perniagaan online: Anda bebas menjalankan perniagaan anda di mana-mana sahaja asalkan anda ada komputer/laptop dan sambungan internet. Sambil baring pun boleh. Yehaa

3. Modal permulaan
Perniagaan Offline: Anda perlu menyediakan modal yang agak besar untuk menyimpan stok di kedai anda.

Perniagaan online: Anda bebas samada nak menyimpan stok dengan banyak atau sedikit bergantung pada permintaan. Dalam laman web / blog, anda hanya perlu pamerkan gambar sahaja.
Kedua-keduanya ada kekurangan dan kelebihannya. Nak belajar perniagaan perlu ada asas dan sentiasa fikir uptodate dalam dunia perniagaan. Ok sekian terima kasih.

{ 0 comments... read them below or add one }