Duit raya 2011, duit yang dinanti-nantikan

Posted by Zikri Husaini on Thursday, August 18, 2011

duit raya untuk dimenangi, duit raya, duit raya 2011, duit raya percuma, mari dapatkan duit raya 

Kepada kakitangan kerajaan rasanya dah dapat bonus setengah bulan gaji sekurang-kurangnya rm500.00 seperti yang telah dijanjikan oleh perdana menteri kita, DS Najib Tun Razak. Tetapi apa yang nak diberitahu ialah mengenai duit raya 2011 yang ramai nantikan ialah duit raya hasil dari usaha sendiri. 

Macam mana nak dapat ?? 

Banyak usaha yang harus lakukan. Bukan setakat goyang kaki jer. Tulang empat kerat harus dilakukan. Ingat tuh. 


Berniaga: 
  1. Jual air, kuih muih di bazar ramadhan. (yang menjadi halangan mungkin sewa tapak yang agak mahal.) kena cari lokasi yang betul-betul strategik.
  2. Jual baju raya , biasanya tempahan memang tak menang sekarang nih.
  3. Jual kuih raya , kerepek popular seperti rempeyek. Armond london pun selalunya menjadi sebutan.
  4. Jual sampul raya. Sekarang nie macam-macam design ada. Yang biasa-biasa ada, yang gempak pun ada. Harga yang dijual seharusnya berpatutan lah kan.
  5. Dan, macam-macam lagi. Yang penting kita kena kreatif. Cuba cari kelainan setiap tahun demi tahun.
Join contest dari blogger: 

Rasanya ada ramai juga yang buat contest duit raya untuk sekian tahun dari kalangan blogger yang ingin memeriahkan dunia blogging dalam pada masa yang sama dapat juga manfaatnya. Korang kena google duit raya 2011 untuk dimenangi. 

{ 0 comments... read them below or add one }