Kuih raya online 2011 , macam-macam ada!!

Posted by Zikri Husaini on Saturday, August 20, 2011

Kuih raya Armond London menjadi tempahan yang hot dipasaran.

Sekarang nie jualan kuih raya secara online sedang hangat dipromosikan terutamanya di laman social no1 dunia pada ketika ini, facebook.com. Mereka kreatif menggunakan teknologi yang sedia ada dengan mengupload gambar kuih raya yang menarik dan kuih yang sering mendapat permintaan tinggi. Lepas tuh tag rakan-rakan. Bab nih aku yang kureng!! Tapi takpe. Just  tengok-tengok pun ok jer kan. Memang banyak jenis-jenis kuih yang ada sekarang ini. Namun, kuih-kuih wajib tetap menjadi pilihan hati pelanggan terutamanya. 

Blog-blog juga menjadi senjata mereka sebagai marketing menjual kuih raya. 

Itu kita tidak menafikan.,selain mengharapkan kuasa engine pencarian yang popular seperti google, yahoo, bing dan sewaktu dengannya.

Senarai kuih raya yang dijual: 

Kalau diikutkan memang banyak sangat jenis kuih raya yang dijual nih. Ini adalah beberapa yang mungkin menjadi favourite buat pelanggan. Apa-apa pun layan. Kalau korang nak tambah, boleh komen diruangan bawah.

  1. Dodol
  2. Armond london, 
  3. Kerepek pisang.
  4. Kuih tart
  5. Bahulu
  6. Badam 
  7. Peanut Butter Cookies
  8. Kuih Bangkit 
  9. Loyang 
  10. Dan sebagainya.... ada banyak lagi tuh, serius memang banyak seyh.
Kuih bahulu , diantara kuih wajib ada
Kelebihan orang melayu nih, kreatif untuk buat resepi kuih raya yang baru , setiap tahun demi tahun. Ada jer resepi kuih baru yang dicipta.
Mahu order/tempah kuih raya secara online?? 

Rasanya dah ramai yang tutup tempahan. sebabnya takut tak sempat sampai. Apa yang bagus, datang sendiri jer tempatnya atau beli di bazar ramadhan. Biasanya kalau beli malam raya, memang ada yang jual murah. 3 balang sepuluh ringgit. Borong punya pasal!! Cuma, masalahnya nak menunggu di saat akhir memang tak sanggup aku nak tunggu. Masa pun agak terhad, nak buat persiapan itu ini. Entahla.

{ 0 comments... read them below or add one }