Permintaan Kad raya yang merudum.

Posted by Zikri Husaini on Wednesday, August 17, 2011




Permintaan kad raya merudum.

Rasanya permintaan kad raya tahun demi tahun sudah semakin berkurangan kerana dek kemajuan teknologi sekarang ini. Termasuklah tahun ini 2011, rata-ranya mereka dah malas nak beli kad raya nih. Yang menjadi trend sekarang ini ialah mereka lebih suka menghantar sms/ mms atau kad digital melalui facebook yang paling terkini dengan hanya mengetag rakan-rakan facebook dan sedikit ucapan di kad digital itu. Sangat mudah kan? Semuanya sebab mahu berjimat dan juga lebih pantas hanya beberapa saat dan cepat. Berbanding dengan kad raya fizikal yang memerlukan wang ringgit beberapa ringgit (kos stem dan kad raya).

Itulah yang berlaku pada hari ini.Namun, ada juga yang masih lagi menghantar kad raya ini sebagai satu simbolik dan juga mahu mengekalkan tradisi ini dari dahulu hinggalah sekarang. Itu satu usaha yang baik.

Kad raya tempahan sudah ditutup! 

Kebanyakkan bagi yang menjual secara online, mereka sudah menutup tempahan kad raya kerana takut tak sampai pada masanya, dek kerana waktu yang dah nak hampir raya. So kena lebih awal membuat tempahan secara online ini, sebelum ramadhan atau awal ramadhan. Kalau dah belas-belas ramadhan, memang tak sempat dah tuh. 

kad raya desing, ka raya digital 2011, gambar kad raya 2011, ucapan kad raya, ucapan kad raya 2011, kad raya kreatif 2011,
Kepada sesiapa yang nak menmpah kad raya atau saja-saja nak usya jer, boleh tengok-tengok link dibawah ini. Layan.

{ 0 comments... read them below or add one }