Mulakan perniagaan anda dari bawah

Posted by Zikri Husaini on Friday, August 19, 2011

stat your own business, mulakan perniagaan dari bawah, jadi usahawan 0 knowledge, usahawan serba boleh, 
Jika kita tiada mempunyai kewangan yang kukuh dalam untuk memulakan perniagaan. Kita seharusnya mempunyai pelan perniagaan yang asas. Tak kisahla ia adalah berbentuk formal atau rojak. Tetapi perlu ada sebabnya kita boleh tahu berapa banyak duit perbelanjaan dan juga pelaksanaan yang bakal kita akan buat dalam tingkat demi tingkat. 

Kebanyakannya takda/kekurangan modal. 

Ramai yang mahu berniaga tetapi memberikan alasan takda sumber kewangan yang kukuh. Kena ada sekurang-kurangnya puluhan ribu sebelum memulakan perniagaan. Anda salah! Sebenarnya di zaman serba canggih, kekuatan internet boleh dijadikan satu modal yang sangat murah! Ini kita harus akui, sekarang zaman kemelesetan ekonomi yang agak melampau, banyak harga barang naik. Dan trend zaman sekarang, orang semua nak beli yang murah, cepat dan senang prosedurkan. 

Gunakan apa yang ada. 

Diwaktu yang terlalu limit ini, kadang-kala menjadikan kita kreatif. Sekiranya modal takda pun atau modal tak cukup. Gunakan apa yang ada terlebih dahulu, jika terpaksa pinjam barang fizikal pun boleh. Tetapi ingat! Anda harus bertanggungjawab dan gunakan yang ada sebaiknya jangan sampai rosak. Sebolehnya bila dah cukup modal, pulangkan balik atau beli terus yang baru barang itu. Kalau tak mampu pun sewa pun boleh. Barang apa yang kita selalu pinjam nie? Biasanya komputer untuk perniagaan itnernet.

Apa lagi, anda ayuh mulakan perniagaan anda. Tak kira perniagaan apa sekalipun, meniaga pisang goreng tepi jalan pun perlukan draft perniagaan agar ada peningkatan tahun demi tahun.

{ 0 comments... read them below or add one }